BDT FC


SEJARAH TEAM


SEJARAH PENUBUHAN BANDA TINGGI FC

Pada mulanya kami dikenali sebagai Mentari A FC. Kami Menyertai pertandingan Liga Junior Jelebu 2013. Dalam pertandingan itu pasukan kami yang menggunakan nama Mentari A telah berjaya melangkah ke pertandingan akhir menentang Pasukan Hotspot. Kami telah berjaya menjadi Johan dalam Kejohanan Liga Junior Jelebu 2013. Gelaran Juara tersebut menjadi bertambah membanggakan kami semua apabila gelaran Penjaring Terbanyak Kejohanan ( M.Azim Hakimi Johar), Pemain Terbaik Perlawanan Akhir ( M.Amri ) dan Penjaga Gol Terbaik ( M.Shadikin ) telah dimenangi oleh pasukan kami.

Pada awal tahun 01 Januari 2014, kami mengambil langkah yang lebih ke depan, iaitu dengan menubuhkan pasukan baru yang diberi nama Banda Tinggi FC @ High Town Boy FC @ BDT FC. Kami berharap pasukan ini akan terus wujud sehingga kami semua dewasa dan menjadi kebanggaan penduduk di Taman Banda Tinggi, Jelebu. Kami juga berharap BDT FC akan terus maju dan ada di antara pemain akan menjadi kebanggaan negara Malaysia. Idea penubuhan ini dicetuskan oleh Mohamad Azim Hakimi bin Johar dan beliau mula mengumpulkan pemain-pemain yang kebanyakannya dari pelajar SMK. Dato Undang Musa Al-Haj dan berasal dari Taman Banda Tinggi.


FOTO SEJARAH PENUBUHAN DAN KEJAYAAN 

BANDA TINGGI FC @ HIGH TOWN BOY FOOTBALL CLUB @ BDT FC

PIALA YANG DIMENANGI LIGA JUNIOR JELEBU 2013

AWAL PENUBUHAN 2013

KEJAYAAN DI AWAL PENUBUHAN

PASUKAN LIGA 

BERGAMBAR BERSAMA MENTARI A DAN B

KENANGAN MANIS 2013

KENANGAN MANIS 2013

BRAVO JELEBU, SELAMAT TINGGAL 2013

No comments:

Post a Comment